Maksud Taekwondo

Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea. telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglim a tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo).

Dalam bahasa Korea, Tae bermaksud "tendangan atau menendang"; Kwon bermaksud "tumbukan atau menumbuk"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".

Comments

Popular Posts